Monday, May 28, 2012

KASIH IBU AYAH


Tangan lembut itu ku amati..
mengusap dahiku tatkala peluh,
menghilangkan air mata tangisan manja si anak.
Memapah ku berjalan berlari walau sering terjatuh…
Namun kau gagahiku bangun.
Dua insan yang ku kasihi
Ibu…ayah…

Terima kasih atas jagaan dan belaian…
Memberikan ku didikan agama dan juga dunia
Agar dapat ku kenali apa erti hidup sebagai khalifah.
Syukran jazilan…
Makan dan minumku disuapkan…
Pakaian, mainanku dibelikan…
Ku cinta kalian dunia dan akhirat…

Ku tahu perit jerih membesarkan anak-anak
Bukan mudah untuk dibilang dengan jari,
Bukan mudah mata meneka
Dan tidak mudah mulut menterjemah.

Membawa beban bersama badan
Siapa yang sanggup jika tiada kesabaran..
Melahirkan pula bukan kepalang
Sakit seorang diri digagahkan Tuhan
Melahirkan anak , dibesarkan dengan sayang..
Sungguh mulia dirimu  ibu…

Ku beruntung menjadi anakmu wahai ayah..
Segala nafkahku dijaga rapi bak puteri.
Segala isi hatiku dipenuhi…
Tanpa dapat ku lihat air mata kasihmu mengalir buatku tersenyum
Walaupun terpaksa menanggung hiba,
Kau dahulukan anakmu dari dirimu.
Menjadi imam buat anak dan isteri.
Ku harap jasamu dapat ku balaskan dengan doa dan kejayaan…
Menjadi anak  solehah yang dapat mendukung syariatNya.
Amin ya Rabb

Firman Allah s.w.t :-
“Dan dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di 
bumi dan Dia mengangkat (darjat) Sebahagian kamu di atas yang lain 
untuk mengujimu atas(kurnia) yang diberikannya kepadamu.
Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh,
 Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.”  
                                                                                                      (Surah Al-An’Am 6:165)

Sayang cinta dan rindu~~~ buat mak dan abah tersayang

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...