Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, November 27, 2011

TAFSIR SURAH AN-NASR


                                               
1.Sejarah penurunan surah An-Nasr
Seluruh Ulama Tafsir bersepakat bahawa Surah An Nasr ini merupakan Surah Madaniyyah walaupun turun di Makkah iaitu pada saat Haji Wada. Dan ini menjadi dalil bahawa Surah Madaniyah tidak selalu turun di kota Madinah.
Imam Ibnu Abi Hatim di dalam tafsir Al Qur’anul Azhim menurunkan suatu riwayat, tidaklah seorang Nabi diberikan umur dakwah separuh dari umur dakwah Nabi sebelumnya. Dakwah Nabi Isa  berumur 40 tahun. Dan Rasullullah mempunyai umur dakwah sekitar 20 tahunan.
Surah An Nasr merupakan tanda-tanda datangnya ajal Rasul. Sehingga Fatimah menangis setelah mendengar khabar ini namun setelah itu tersenyum setelah Nabi memberikan khabar bahawa Fatimah akan segera menyusul Nabi. Sedangkan dari kalangan isteri Nabi yang paling cepat menyusul Nabi adalah Zainab binti Jahsyi kerana seorang yang dermawan.
2.Pengenalan surah
Surah An-Nasr (Bahasa Arab: سورة النصر
    (PERTOLONGAN ) adalah surah A-Quran ke 110  dengan 3 ayat. 
 Ini adalah surah terpendek yang ketiga setelah Al-Asr dan Al-Kawthar, dengan hanya tiga ayat.
3.Asbabun Nuzul
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Rasulullah  masuk ke kota Mekah pada waktu fathu mekah, Khalid bin Al-Walid telah diperintahkan untuk memasuki Mekah melalui dataran rendah untuk bertempur dengan pasukan Quraisy dan  menyerangnya serta merampas harta mereka sehingga memperolehi kemenangan.
 Oleh sebab itu, orang Quraisy telah masuk Islam secara beramai-ramai. Maka penurunan ayat ini adalah berhubung dengan peristiwa ini dan Allah memerintahkan untuk bersyukur kepada-Nya diatas kemenangan yang diperolehi serta meminta ampun diatas kesalahan yang telah dilakukan.                        
                                        
4 ,Surah An-Nasr
Tafsir ayat Surah An Nasr
Ayat 1`
 إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1)
    Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, iaitu pertolongan dan kemenangan itu  adalah dating daripada Allah pada masa yang ditentukan-Nya dan dalam bentuk yang dikehendaki-Nya, sedangkan Nabi dan para sahabatnya tidak mempunyai apa-apa peranan dalam kemenangan itu. Ia merupakan urusan Allah semata-mata yang dilaksanakan-Nya dengan mereka atau tanpa mereka.  Inilah keseluruhan peranan mereka dalam mencapai  kemenangan dan dalam sambutan orang ramai menerima agama Allah, kerana itu dalam menghadapi penghormatan Allah yang melaksanakan kemenangan itu, mereka berkewajipan bertasbih, bertahmid dan beristighfar pada saat-saat kemenangan itu.
   Bertasbih dan bertahmid atas nikmat Allah yang telah menjadikan mereka sebagai pemegang amanah dan pembela agama-Nya, juga atas rahmat Allah ke atas seluruh umat manusia dengan mengurniakan kemenangan kepada agama-Nya, kemenangan kepada Rasul-Nya menakluk Makkah dan sambutan besar-besaran daripada orang ramai memeluk agamaNya yang penuh kebajikan itu setelah sekian lama mereka berada dalam keadaan buta, sesat dan rugi.
 Beristighfar terhadap berbagai-bagai perasaan dan pengalaman jiwa iaitu beristighfar terhadap perasaan bangga dan sombong yang berkecamuk dalam hati pada saat-saat mabuk kemenangan setelah sekian lama berjuang. Perasaan yang sedemikian memang sukar dikawal dalam hati manusia kerana itulah mereka perlu beristighfar.
Ayat ke-2
(2 وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (
    Dan kamu Lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
 Di ayat ini sebahagian ahli tafsir memberikan berbagai penafsiran diantaranya orang arab, ahlu mekkah, orang arab dan yang lainnya.
 Ikrimah dan Muqotil mengatakan bahwa penafsirannya adalah orang-orang Yaman yang berjumlah 700 orang datang kepada Rasul untuk beriman,tunduk patuh dan masuk Islam.
Diantaranya ada yang pandai azan, baca Al Quran dan berzikir sehingga Umar dan Ibnu Abbas menangis melihat hal tersebut. Rasul pun terlihat senang sampai wajahnya berbunga-bunga.
Ada satu atsar yang dikeluarkan Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah bahwa ada seorang tetangganya yang melihat Jabir bin Abdullah menangis dan menanyakan kenapa menangis. Dan Jabir mengatakan bahwa beliau mendapatkan ayat 2 dari An Nashr bahwa sekarang manusia berbondong-bondong masuk Islam suatu ketika nanti akan zaman manusia berbondong-bondong keluar dari Islam.
Ayat ke-3
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
     Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.
Mensucikan Allah hendaknya dengan memuji-Nya atas nikmat-nikmat yang dianugerahkan-Nya dan mensyukuri segala kebaikan-kebaikan yang telah dilimpahkan-Nya.
 Kemudian mintalah ampun kepada Allah untuk dirimu dan untuk sahabat-sahabatmu yang telah memperlihatkan kesedihan dan keputus-asaan kerana terlambat datangnya pertolongan Allah. 
Bertaubat dari keluh- kesah adalah dengan mempercaya penuh akan janji-janji Allah dan dengan membersihkan jiwa dari pemikiran yang bukan-bukan bila menghadapi kesulitan.
 *  Allah mendidik hamba-hamba-Nya melalui bermacam-macam cubaan dan bila merasa tidak sanggup menghadapinyaa harus memohon bantuan-Nya serta yakin akan datangnya bantuan itu.
@ Maksudnya, bila pertolongan telah tiba dan telah mencapai kemenangan serta manusia berbondong-bondong masuk Islam, hilanglah ketakutan dan hendaklah Nabi-Nya bertasbih menyucikan Tuhannya dan mensyukuri-Nya serta membersihkan jiwa dari pemikiran-pemikiran yang terjadi pada masa kesulitan. Dengan demikian keluh kesah dan rasa kecewa tidak lagi akan mempengaruhi jiwa orang-orang yang ikhlas selagi mereka memiliki keikhlasan dan berada dalam persesuaian kata dan cinta sama cinta. 
Dengan turunnya surah An Nasr ini, Nabi memahaminya bahawa tugas risalahnya telah selesai dan selanjutnya ia hanya menunggu panggilan pulang ke Rahmatullah.
Ibnu Umar berkata: "Surah ini turun di Mina ketika Nabi mengerjakan Haji Wada', sesudah itu turun firman Allah: 
اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي
Ertinya:
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku".
(Q.S. Al Maidah: 3).
Nabi hidup hanya delapan puluh hari setelah turun ayat ini. Kemudian setelah itu turun ayat Kalalah, dan Nabi hidup sesudahnya lima puluh hari. Setelah itu turun ayat: 

لقد جاءكم رسول من أنفسكم 
Ertinya: "Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri", (Q.S. At Tubah: 128).
Maka Nabi SAW. hidup sesudahnya tiga puluh lima hari. Kemudian turun firman Allah. 
واتقوا يوما ترجعون فيه إلى الله
Ertinya:
"Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah".
Q.S. (Al Baqarah): 281.
Maka Nabi SAW. hidup sesudahnya dua puluh satu hari saja.
5.Faedah surah
1.     Membawa berita gembira kepada Rasulullah SAW
2.       Mendedahkan tabi'at  dan hakikat agama Islam dan sejauh mana cita-cita perjuangannya mahu membawa manusia kepada ketinggian, kemuliaan, keikhlasan, kebebasan dan kemerdekaan iaitu kemuncak matlamat yang tidak dapat dicapai manusia melainkan di bawah naungan Islam. 
        Kami telah diceritakan oleh Muhammad ibn Abi 'Adi, daripada Daud, daripada ash-Sha'bi daripada Masruq katanya: A'isyah telah bercerita bahawa Rasulullah SAW di akhir-akhir kegiatannya banyak berzikir dengan:
    subhanallahi wa bihamdihi, astagh firullaha wa atubu ilaih. Dan beliau telah bersabda; "Tuhanku telah memberitahu kepadaku bahawa aku akan melihat satu alamat pada umatku dan Ia memerintah kepadaku apabila aku melihat alamat itu supaya aku bertasbih, bertahmid dan beristighfar kepada-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat," dan aku telah pun melihat alamat itu iaitu: Iza ja asnasrullahi wal fath ... hingga akhir surah. 
       (Hadith ini juga telah diriwayatkan oleh Muslim melalui    
         Daud Ibn Abi Hind dengan nas ini). 
         Ujar Ibn Kathir dalam tafsirnya; "Yang dimaksudkan dengan kemenangan dalam surah ini ialah kemenangan menakluk Makkah dan inilah pendapat yang sebulat." Qabilah-qabilah Arab memang menunggu-nunggu kemenangan Rasulullah SAW menakluk Makkah untuk memeluk agama Islam.
Pendapat yang dimaksudkan dengan ‘kemenangan’
    Mereka berkata; "Jika ia (Muhammad) dapat menundukkan kaumnya, maka itulah tanda ia seorang Nabi." Oleh itu apabila Allah memberi kemenangan kepadanya menakluk Makkah, mereka pun memeluk agama Allah sepuak demi sepuak. Dalam masa tidak sampai dua tahun selepas itu seluruh Semenanjung Arab beriman kepada agama Allah. Tiada qabilah Arab melainkan semuanya mengisytiharkan keislaman mereka. 
   Di sana ada lagi satu hadith daripada Ibn 'Abbas dan hadith ini tidaklah sukar untuk diselaraskan dengan hadith yang telah kami pilihkan itu. Ujar al-Imam al-Bukhari kami telah diceritakan oleh Musa bin Ismail katanya kami telah diceritakan oleh Abu 'Awanah daripada Abi Bisyr, daripada Sa'id ibn Jubayr, daripada Ibn 'Abbas katanya, 'Umar telah memasukkan aku ke dalam kumpulan tokoh-tokoh tua Perang Badar. Setengah mereka seolah-olah merasa tidak setuju dalam hati mereka lalu berkata; "Mengapa dimasukkan budak ini bersama kami, kami juga ada anak anak yang sebaya dengannya?" Jawab 'Umar; "Dia daripada budak budak yang kamu telah kenal."
         Pada suatu hari 'Umar menjemput mereka lalu ia masukkan aku bersama mereka. Menurut hatiku ia menjemput aku bersama mereka untuk memperlihatkan kebolehanku kepada mereka lalu ia berkata; "Apa pendapat
    kamu tentang maksud firman Allah 'Azzawajalla: Iza ja anas rullahi wal fath. Jawab sebahagian mereka; "Allah menyuruh kita bertahmid dan beristighfar kepada-Nya apabila Dia menolong dan memberi kemenangan kepada kita." Sebahagian yang lain diam tidak berkata apa-apa. Lalu 'Umar berkata kepadaku; "Adakah pendapat engkau  begitu juga wahai Ibn 'Abbas?" Jawabku; "Tidak", lalu ia terus bertanya; "Apa pendapat engkau?" Jawabku;
     "Itulah ajal Rasulullah SAW yang diberitahu Allah kepadanya. Firman Allah; "Apabila tiba pertolongan Allah dan kemenangan" maka itulah alamat ajal engkau, oleh itu hendaklah engkau bertasbih dengan memuji Tuhanmu dan
    beristighfar memohon keampunan-Nya, sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat (hamba-Nya)."
Hadis 1
        Walau bagaimanapun, di sana terdapat suatu hadith lagi yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Bayhaqi dengan sanadnya daripada Ibn 'Abbas juga katanya;
    "Sebaik sahaja turun "Iza ja anas rullahi wal fath" Rasulullah SAW terus memanggil Fatimah dan berkata: "Sesungguhnya ayahanda telah diberitahu tentang kematian ayahanda," lalu Fatimah menangis kemudian dia ketawa sambil berkata: "Ia menceritakan kepadaku bahawa ia telah diberitahu tentang kematiannya, kerana itulah aku menangis, kemudian ia
    berkata pula: 'Sabarlah anakanda, kerana engkau anggota keluarga ayahanda yang pertama yang akan mengikuti ayahanda,' kerana itulah aku ketawa."
Hadis 2
    Hadith itu ialah daripada Ummu Salamah r. 'anha katanya;  Rasulullah SAW telah memanggil Fatimah pada tahun  kemenangan Makkah dan bercakap-cakap dengannya lalu Fatimah menangis kemudian ia bercakap-cakap dengannya lagi lalu Fatimah ketawa." Kata Ummu Salamah; "Apabila Rasulullah SAW wafat aku  bertanya Fatimahtentang rahsia tangisannya dan ketawanya tempoh hari lalu ia bercerita: "Rasulullah SAW telah memberitahu kepadaku ia tidak lama lagi akan wafat, itulah sebabnya aku menangis, kemudian ia memberitahu kepadaku bahawa aku akan menjadi penghulu kepada wanita-wanita ahli syurga, kecuali Maryam binti 'Imran, kerana itulah aku ketawa."
      (Dikeluarkan oleh at-Tirmizi).

Rujukan
INTERNET
BUKU
 Terjemahan Al-Quran Juz ‘Amma.
 (Secara Harfiah) –
 Ustaz Rusman Adsyah.                                   
(ISBN) 83-046-055-X
 Shahih Tafsir Ibnu Kathir
     Juz’Amma                                 





BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM



maksud pergaulan dalam islam
Istilah pergaulan atau dalam bahasa Arabnya 'ikhtilat' yang membawa maksud pergaulan atau percampuran antara wanita dan lelaki adalah terminologi yang baru diperkenalkan dalam Islam. Istilah pergaulan atau percampuran atau Ikhtilat adalah membawa konotasi dan makna yang tidak sesuai dengan Islam. Istilah yang tepat ialah Liqa' (pertemuan) atau musyarakah (penyertaan) di antara lelaki dan wanita. pergaulan sepatutnya ditakrif sebagai batas pertemuan atau penyertaan antara lelaki dan wanita
Apa itu nafsu ????
Nafsu ialah tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat dalam diri manusia.
Imam al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda yang liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya.Sebaliknya, jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan. Begitulah nafsu, jika dididik dengan betul ia boleh membawa kepada kebaikan.
Dorongan nafsu yang berbeza-beza ini dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran. Antaranya ialah:
  Nafsu mutma’innah
   yang sifatnya tenang dan bebas daripada gangguan Kejahatan.Inilah nafsu yang sentiasa mengilhamkan manusia supaya melakukan kebaikan.  Maksud firman Allah s.w.t  :
  “ Hai nafsu yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan.”
                                         (Surah Al-Fajr 89:27-28)
Nafsu Lawwamah
   Ialah nafsu yang menyedarkan manusia daripada
   perbuatan jahat yang telah dilakukan serta menyesali kebaikan yang tidak dilakukan. Kadangkala manusia melakukan maksiat akibat lalai dan menurut hawa nafsu, kemudian bertaubat.
  Allah berfirman yang bermaksud :
“ Dan aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
                                         (Surah Yusuf 12:53)
Nafsu Ammarah bi al-Su’
Nafsu yang sering menjurus melakukan maksiat
dan kejahatan, sering telunjuk hawa nafsu
serta tidak langsung berusaha untuk melawannya.
   Allah berfirman yang bermaksud :
 “ Aku bersumpah demi hari kiamat. Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali
   (dirinya sendiri).”
                                (Surah al-Qiyamah 75:1-2)
Abang Ipar dengan Adik Ipar
Soalan:
Bagaimanakah aurat diantara abang ipar dan adik ipar?
  Jawapan:
Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan mahram dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian  masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)
Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa  hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.
ANAK SUSUAN
Maka dengan itu, batas-batas pergaulan dan aurat menjadi lebih luas dan mudah mengikut sebagaimana batas-batas pergaulan dan aurat antara sesama keluarga kandung, kerana anak susuan adalah seperti anak sendiri.
Sumbang mahram
Pengertian Sumbang Mahram:
Perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/nasab (keturunan) dengan mangsa. Sebagai contoh ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya.
Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan
Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Hujurat, ayat 13:
يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
    Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.
Inilah tujuannya. Agar kita berkenal-kenalan. Akan tetapi setiap sesuatu ada panduannya. Islam adalah agama yang syumul, yang lengkap, yang menyeluruh. Maka Islam telah meletakkan panduan untuk kita apabila kita ingin berkawan. Antara perkara pertama yang perlu kita fahami adalah jenis orang yang kita harus ambil sebagai kawan atau sahabat. Rasulullah s.a.w bersabda:
اَلْمَرْءُ عَلَى دِيْنِ خَلِيْلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ 
   “Seseorang adalah atas agama rakannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhatikan siapakan yang harus dipilih menjadi rakan.”
Maka perhatikanlah dan selidikilah sebelum kita mengambil seseorang sebagai sahabat. Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Kahfi, ayat 29:
   وَلاَ تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ      
                                             وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
     Ertinya: Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran..
3.Tidak menyentuh lawan jenis
Di dalam sebuah hadits, Aisyah ra berkata, “Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (janji setia kepada pemimpin).” (HR. Bukhari)

Hal ini karena menyentuh lawan jenis yang bukan mahramnya merupakan salah satu perkara yang diharamkan di dalam Islam. Rasulullah bersabda, “Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, (itu) masih lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Thabrani dengan sanad hasan)
 4.Ucapan yang makruf dan sopan
1.Firman Allah: "Dan ucaplah kata-kata yang makruf.“

Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia."
5.Tidak melunakkan suara dan bermanja.
2. Firman Allah :
"Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu."
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan).
                                                                          (Al-Ahzaab : 32)
Elak perkataan merayu,menggoda ,merangsang keinginan,keji,lucah mahupun perkatan sia-sia/gurauan berlebihan.
Lunakkan suara berbeza dengan merendahkan suara . Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan  dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang berbunyi :
  “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19)
Berkait rapat dengan ungkapan yang baik ini, di dalam Al-Quran ada memberikan beberapa bentuk ungkapan yang wajar kita praktikkan dalam komunikasi seharian iaitu:
Qaulan Sadida (An-Nisa’ :9)
  Isi pesanan jujur dan benar, tidak ditambah atau dibuat-buat
Qaulan Ma’rufa (An-Nisa : 5)
Menyeru kepada kebaikan dan kebenaran
 Qaulan Baligha (An-Nisa’ : 63)
Kata-kata yang membekas pada jiwa
 Qaulan Maisura (Al-Isra’ : 28)
Ucapan yang layak dan baik untuk dibicarakan
 Qaulan Karima (Al-Isra’: 23)
Perkataan-perkataan yang mulia
 6.Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
    Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.
7.Menjaga pergerakan Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggang lenggok yang menggoda.
    Firman Allah: "Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan. "
8. Menghindari tempat syubhat
   Sabda Rasulullah SAW: "Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu..." (Riwayat Bukhari)

9.Iltizam dengan pakaian Islam
    Firman Allah: "Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka." Dan firmanNya lagi:
"Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj."
ADAB BERJIRAN
Orang yang tinggal dan menetap di sekitar kediaman kita meliputi 40 buah keluarga.
Rasulullah SAW mengutamakan konsep menghormati dan berbaik-baik dengan jiran tetangga melalui sabda Baginda yang diriwayatkan oleh al-Syaikani :
 Maksudnya : “ Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya.”
PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM MENJALINKAN HUBUNGAN KEJIRANAN YANG HARMONIS DENGAN TETANGGA.
  1. Sama-sama menanggung penderitaan tetangga (bersimpati dan membantu kesusahannya).
  2. Menghindarkan diri daripada menyakiti hati tetangganya.
  3. Melindungi jiran daripada kezaliman orang lain.
  4. Memaafkan kesalahan jiran yang tidak disengajakan atau yang disengajakan
Peranan individu dalam menjalinkan hubungan dengan jiran tetangga.
·         Mengucapkan salam ketika bertemu.
·         Menjenguk mereka ketika sakit / kematian.
·         Mendoakan ketika bersin.
·         Menolong ketika kesempitan.
·         Memenuhi undangan apabila dijemput (selagi tidak terdapat acara maksiat).
·         Memberikan bantuan dalam usaha jihad dan kebaikan.
·         Tidak melakukan penganiayaan terhadap jiran seperti zina, mencuri dan menghina.
·         Berbaik sangka dan bertolak ansur
·         Berikan makanan kepada tetangga, dahulukan yang paling terdekat.

Rasulullah n bersabda, “Wahai Abu Dzarr, apabila kamu memasak sayur (daging kuah), maka perbanyak-lah airnya dan berilah tetanggamu.” (HR. Muslim).
CIRI-CIRI KAWAN YANG BAIK
·         Taat kepada perintah Alah
·         Baik budi pekerti dan bersopan santun
·         Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah (terpuji)
·         Berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya
·         Tidak mendedahkan keburukan kawan
·         Berlapang dada menerima teguran atau nasihat kawan
·         Sentiasa mendorong orang lain melakukan kebaikan
·         CARA BERADAB DENGAN KAWAN
·         Sentiasa memberi salam dan  mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah
·         Menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati
·         Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan
·         Jujur dan Ikhlas dalam persahabatan
·         Sentiasa bersangka baik dengan kawan

KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK
·         Mendorong  melakukan perkara kebaikan
·         Dapat mencontohi kebaikannya
·         Dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar
·         Mendidik jiwa menjadi baik dan taat kepada Allah. 
Aurat Wanita Islam terhadap Bukan Islam
Aurat bermaksud bahagian tubuh yang tidak patut diperlihatkan kepada orang lain. Wanita wajib menjaga diri jangan sampai memperlihatkan auratnya kepada sesiapapun yang tidak diizinkan melihatnya. Begitu juga halnya lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan wanita tidak boleh melihat aurat sesama wanita
. Daripada Abu Said al Khudri Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
   "Jangan hendaknya lelaki melihat aurat lelaki lain, dan wanita melihat aurat wanita lain. Dan jangan lelaki tidur satu selimut dengan lelaki lain dan wanita satu selimut dengan wanita lain..." (HR Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Hadis diatas menjelaskan tentang aurat wanita sesama wanita muslimah dilarang melihatnya, apakah lagi dengan wanita kafir jelas dilarang dan berdosa jika wanita muslimah menunjukkan auratnya, kerana dikhuatirkan menimbulkan fitnah yang besar terhadap orang Islam. Begitu juga dilarang wanita muslimah tinggal serumah dengan wanita bukan Islam kerana dapat menimbulkan fitnah dan bahaya yang sangat besar terhadap jiwa dan agama kaum muslimah.
v  Mencintai dengan sepenuh hati.
v  Mendengar nasihat mereka.
v  Menggembirakan hatinya.
v  Menjabat tangannya sebagai tanda wujud penghormatan kepada mereka.
v  Menghadapi dengan wajah berseri meskipun hati terluka.
v  Mendoakannya sepanjang  waktu.
v  Mengajaknya bermusyawarah. Kerana analisa orang tua itu terkadang lebih tajam dari pemikiran kita.
v  Bersikap sopan dalam setiap situasi.
v  Tidak mengeraskan suara dihadapan mereka.
v  Tidak mengarahkan pandangan dengan tajam.
v  Tidak menyakiti hati mereka dengan perkataan mahupun perbuatan.
v  Tidak mengeluarkan makian dan perkataan kasar.
v  Membantu pekerjaannya.
v  Membantu menyelesaikan masalah mereka.
v  Menjaga nama baik mereka.
v  Bersabar terhadap ketidakmampuan mereka.
v  Menyegerakan menjawab panggilan mereka.
v  Tidak mengungkit-ungkit pemberian.
Rujukan
INTERNET
-          http://Al-Hadaf.com.
-          http://ceria.ummah.blospot.com
-          www.iluvislam.com
-          www.darulnuman.com
Buku-buku fiqah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...