Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, November 27, 2011

TAFSIR SURAH AN-NASR


                                               
1.Sejarah penurunan surah An-Nasr
Seluruh Ulama Tafsir bersepakat bahawa Surah An Nasr ini merupakan Surah Madaniyyah walaupun turun di Makkah iaitu pada saat Haji Wada. Dan ini menjadi dalil bahawa Surah Madaniyah tidak selalu turun di kota Madinah.
Imam Ibnu Abi Hatim di dalam tafsir Al Qur’anul Azhim menurunkan suatu riwayat, tidaklah seorang Nabi diberikan umur dakwah separuh dari umur dakwah Nabi sebelumnya. Dakwah Nabi Isa  berumur 40 tahun. Dan Rasullullah mempunyai umur dakwah sekitar 20 tahunan.
Surah An Nasr merupakan tanda-tanda datangnya ajal Rasul. Sehingga Fatimah menangis setelah mendengar khabar ini namun setelah itu tersenyum setelah Nabi memberikan khabar bahawa Fatimah akan segera menyusul Nabi. Sedangkan dari kalangan isteri Nabi yang paling cepat menyusul Nabi adalah Zainab binti Jahsyi kerana seorang yang dermawan.
2.Pengenalan surah
Surah An-Nasr (Bahasa Arab: سورة النصر
    (PERTOLONGAN ) adalah surah A-Quran ke 110  dengan 3 ayat. 
 Ini adalah surah terpendek yang ketiga setelah Al-Asr dan Al-Kawthar, dengan hanya tiga ayat.
3.Asbabun Nuzul
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Rasulullah  masuk ke kota Mekah pada waktu fathu mekah, Khalid bin Al-Walid telah diperintahkan untuk memasuki Mekah melalui dataran rendah untuk bertempur dengan pasukan Quraisy dan  menyerangnya serta merampas harta mereka sehingga memperolehi kemenangan.
 Oleh sebab itu, orang Quraisy telah masuk Islam secara beramai-ramai. Maka penurunan ayat ini adalah berhubung dengan peristiwa ini dan Allah memerintahkan untuk bersyukur kepada-Nya diatas kemenangan yang diperolehi serta meminta ampun diatas kesalahan yang telah dilakukan.                        
                                        
4 ,Surah An-Nasr
Tafsir ayat Surah An Nasr
Ayat 1`
 إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1)
    Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, iaitu pertolongan dan kemenangan itu  adalah dating daripada Allah pada masa yang ditentukan-Nya dan dalam bentuk yang dikehendaki-Nya, sedangkan Nabi dan para sahabatnya tidak mempunyai apa-apa peranan dalam kemenangan itu. Ia merupakan urusan Allah semata-mata yang dilaksanakan-Nya dengan mereka atau tanpa mereka.  Inilah keseluruhan peranan mereka dalam mencapai  kemenangan dan dalam sambutan orang ramai menerima agama Allah, kerana itu dalam menghadapi penghormatan Allah yang melaksanakan kemenangan itu, mereka berkewajipan bertasbih, bertahmid dan beristighfar pada saat-saat kemenangan itu.
   Bertasbih dan bertahmid atas nikmat Allah yang telah menjadikan mereka sebagai pemegang amanah dan pembela agama-Nya, juga atas rahmat Allah ke atas seluruh umat manusia dengan mengurniakan kemenangan kepada agama-Nya, kemenangan kepada Rasul-Nya menakluk Makkah dan sambutan besar-besaran daripada orang ramai memeluk agamaNya yang penuh kebajikan itu setelah sekian lama mereka berada dalam keadaan buta, sesat dan rugi.
 Beristighfar terhadap berbagai-bagai perasaan dan pengalaman jiwa iaitu beristighfar terhadap perasaan bangga dan sombong yang berkecamuk dalam hati pada saat-saat mabuk kemenangan setelah sekian lama berjuang. Perasaan yang sedemikian memang sukar dikawal dalam hati manusia kerana itulah mereka perlu beristighfar.
Ayat ke-2
(2 وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (
    Dan kamu Lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
 Di ayat ini sebahagian ahli tafsir memberikan berbagai penafsiran diantaranya orang arab, ahlu mekkah, orang arab dan yang lainnya.
 Ikrimah dan Muqotil mengatakan bahwa penafsirannya adalah orang-orang Yaman yang berjumlah 700 orang datang kepada Rasul untuk beriman,tunduk patuh dan masuk Islam.
Diantaranya ada yang pandai azan, baca Al Quran dan berzikir sehingga Umar dan Ibnu Abbas menangis melihat hal tersebut. Rasul pun terlihat senang sampai wajahnya berbunga-bunga.
Ada satu atsar yang dikeluarkan Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah bahwa ada seorang tetangganya yang melihat Jabir bin Abdullah menangis dan menanyakan kenapa menangis. Dan Jabir mengatakan bahwa beliau mendapatkan ayat 2 dari An Nashr bahwa sekarang manusia berbondong-bondong masuk Islam suatu ketika nanti akan zaman manusia berbondong-bondong keluar dari Islam.
Ayat ke-3
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
     Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.
Mensucikan Allah hendaknya dengan memuji-Nya atas nikmat-nikmat yang dianugerahkan-Nya dan mensyukuri segala kebaikan-kebaikan yang telah dilimpahkan-Nya.
 Kemudian mintalah ampun kepada Allah untuk dirimu dan untuk sahabat-sahabatmu yang telah memperlihatkan kesedihan dan keputus-asaan kerana terlambat datangnya pertolongan Allah. 
Bertaubat dari keluh- kesah adalah dengan mempercaya penuh akan janji-janji Allah dan dengan membersihkan jiwa dari pemikiran yang bukan-bukan bila menghadapi kesulitan.
 *  Allah mendidik hamba-hamba-Nya melalui bermacam-macam cubaan dan bila merasa tidak sanggup menghadapinyaa harus memohon bantuan-Nya serta yakin akan datangnya bantuan itu.
@ Maksudnya, bila pertolongan telah tiba dan telah mencapai kemenangan serta manusia berbondong-bondong masuk Islam, hilanglah ketakutan dan hendaklah Nabi-Nya bertasbih menyucikan Tuhannya dan mensyukuri-Nya serta membersihkan jiwa dari pemikiran-pemikiran yang terjadi pada masa kesulitan. Dengan demikian keluh kesah dan rasa kecewa tidak lagi akan mempengaruhi jiwa orang-orang yang ikhlas selagi mereka memiliki keikhlasan dan berada dalam persesuaian kata dan cinta sama cinta. 
Dengan turunnya surah An Nasr ini, Nabi memahaminya bahawa tugas risalahnya telah selesai dan selanjutnya ia hanya menunggu panggilan pulang ke Rahmatullah.
Ibnu Umar berkata: "Surah ini turun di Mina ketika Nabi mengerjakan Haji Wada', sesudah itu turun firman Allah: 
اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي
Ertinya:
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku".
(Q.S. Al Maidah: 3).
Nabi hidup hanya delapan puluh hari setelah turun ayat ini. Kemudian setelah itu turun ayat Kalalah, dan Nabi hidup sesudahnya lima puluh hari. Setelah itu turun ayat: 

لقد جاءكم رسول من أنفسكم 
Ertinya: "Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri", (Q.S. At Tubah: 128).
Maka Nabi SAW. hidup sesudahnya tiga puluh lima hari. Kemudian turun firman Allah. 
واتقوا يوما ترجعون فيه إلى الله
Ertinya:
"Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah".
Q.S. (Al Baqarah): 281.
Maka Nabi SAW. hidup sesudahnya dua puluh satu hari saja.
5.Faedah surah
1.     Membawa berita gembira kepada Rasulullah SAW
2.       Mendedahkan tabi'at  dan hakikat agama Islam dan sejauh mana cita-cita perjuangannya mahu membawa manusia kepada ketinggian, kemuliaan, keikhlasan, kebebasan dan kemerdekaan iaitu kemuncak matlamat yang tidak dapat dicapai manusia melainkan di bawah naungan Islam. 
        Kami telah diceritakan oleh Muhammad ibn Abi 'Adi, daripada Daud, daripada ash-Sha'bi daripada Masruq katanya: A'isyah telah bercerita bahawa Rasulullah SAW di akhir-akhir kegiatannya banyak berzikir dengan:
    subhanallahi wa bihamdihi, astagh firullaha wa atubu ilaih. Dan beliau telah bersabda; "Tuhanku telah memberitahu kepadaku bahawa aku akan melihat satu alamat pada umatku dan Ia memerintah kepadaku apabila aku melihat alamat itu supaya aku bertasbih, bertahmid dan beristighfar kepada-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat," dan aku telah pun melihat alamat itu iaitu: Iza ja asnasrullahi wal fath ... hingga akhir surah. 
       (Hadith ini juga telah diriwayatkan oleh Muslim melalui    
         Daud Ibn Abi Hind dengan nas ini). 
         Ujar Ibn Kathir dalam tafsirnya; "Yang dimaksudkan dengan kemenangan dalam surah ini ialah kemenangan menakluk Makkah dan inilah pendapat yang sebulat." Qabilah-qabilah Arab memang menunggu-nunggu kemenangan Rasulullah SAW menakluk Makkah untuk memeluk agama Islam.
Pendapat yang dimaksudkan dengan ‘kemenangan’
    Mereka berkata; "Jika ia (Muhammad) dapat menundukkan kaumnya, maka itulah tanda ia seorang Nabi." Oleh itu apabila Allah memberi kemenangan kepadanya menakluk Makkah, mereka pun memeluk agama Allah sepuak demi sepuak. Dalam masa tidak sampai dua tahun selepas itu seluruh Semenanjung Arab beriman kepada agama Allah. Tiada qabilah Arab melainkan semuanya mengisytiharkan keislaman mereka. 
   Di sana ada lagi satu hadith daripada Ibn 'Abbas dan hadith ini tidaklah sukar untuk diselaraskan dengan hadith yang telah kami pilihkan itu. Ujar al-Imam al-Bukhari kami telah diceritakan oleh Musa bin Ismail katanya kami telah diceritakan oleh Abu 'Awanah daripada Abi Bisyr, daripada Sa'id ibn Jubayr, daripada Ibn 'Abbas katanya, 'Umar telah memasukkan aku ke dalam kumpulan tokoh-tokoh tua Perang Badar. Setengah mereka seolah-olah merasa tidak setuju dalam hati mereka lalu berkata; "Mengapa dimasukkan budak ini bersama kami, kami juga ada anak anak yang sebaya dengannya?" Jawab 'Umar; "Dia daripada budak budak yang kamu telah kenal."
         Pada suatu hari 'Umar menjemput mereka lalu ia masukkan aku bersama mereka. Menurut hatiku ia menjemput aku bersama mereka untuk memperlihatkan kebolehanku kepada mereka lalu ia berkata; "Apa pendapat
    kamu tentang maksud firman Allah 'Azzawajalla: Iza ja anas rullahi wal fath. Jawab sebahagian mereka; "Allah menyuruh kita bertahmid dan beristighfar kepada-Nya apabila Dia menolong dan memberi kemenangan kepada kita." Sebahagian yang lain diam tidak berkata apa-apa. Lalu 'Umar berkata kepadaku; "Adakah pendapat engkau  begitu juga wahai Ibn 'Abbas?" Jawabku; "Tidak", lalu ia terus bertanya; "Apa pendapat engkau?" Jawabku;
     "Itulah ajal Rasulullah SAW yang diberitahu Allah kepadanya. Firman Allah; "Apabila tiba pertolongan Allah dan kemenangan" maka itulah alamat ajal engkau, oleh itu hendaklah engkau bertasbih dengan memuji Tuhanmu dan
    beristighfar memohon keampunan-Nya, sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat (hamba-Nya)."
Hadis 1
        Walau bagaimanapun, di sana terdapat suatu hadith lagi yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Bayhaqi dengan sanadnya daripada Ibn 'Abbas juga katanya;
    "Sebaik sahaja turun "Iza ja anas rullahi wal fath" Rasulullah SAW terus memanggil Fatimah dan berkata: "Sesungguhnya ayahanda telah diberitahu tentang kematian ayahanda," lalu Fatimah menangis kemudian dia ketawa sambil berkata: "Ia menceritakan kepadaku bahawa ia telah diberitahu tentang kematiannya, kerana itulah aku menangis, kemudian ia
    berkata pula: 'Sabarlah anakanda, kerana engkau anggota keluarga ayahanda yang pertama yang akan mengikuti ayahanda,' kerana itulah aku ketawa."
Hadis 2
    Hadith itu ialah daripada Ummu Salamah r. 'anha katanya;  Rasulullah SAW telah memanggil Fatimah pada tahun  kemenangan Makkah dan bercakap-cakap dengannya lalu Fatimah menangis kemudian ia bercakap-cakap dengannya lagi lalu Fatimah ketawa." Kata Ummu Salamah; "Apabila Rasulullah SAW wafat aku  bertanya Fatimahtentang rahsia tangisannya dan ketawanya tempoh hari lalu ia bercerita: "Rasulullah SAW telah memberitahu kepadaku ia tidak lama lagi akan wafat, itulah sebabnya aku menangis, kemudian ia memberitahu kepadaku bahawa aku akan menjadi penghulu kepada wanita-wanita ahli syurga, kecuali Maryam binti 'Imran, kerana itulah aku ketawa."
      (Dikeluarkan oleh at-Tirmizi).

Rujukan
INTERNET
BUKU
 Terjemahan Al-Quran Juz ‘Amma.
 (Secara Harfiah) –
 Ustaz Rusman Adsyah.                                   
(ISBN) 83-046-055-X
 Shahih Tafsir Ibnu Kathir
     Juz’Amma                                 





0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...