Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, May 28, 2012

hatiku ~~~~ PUISI dari hamba


Angin bayu itu mulai menjengahku.
Dengan  satu perkhabaran buatku
Bahawa adanya bahagia buatku andainya hatiku teguh padaNya.
Duhai, hati yang terusik
Bila dendangan alunan merdu menyebut namaMu
Payah untuk digambarkan
Sukar untuk diperjelaskan

Bahagia dan tenangnya diriku
Pabila kalimat agungMu dibacakan.
Jelas dimata… terpegun di kalbu
Dengan sandaran gemersik suara
Ku harap kekal dalam hati kecilku.
                                                                          
Tempat paling agung buatMu pemilik hati.
Tanpa noktah dan terus kekal abadi.
Jagalah sanubari hati…
moga tidak dirampas oleh yang dilaknati.

Ku padukan surat cintaMu Ya Khaliq
Buat ingatan makhlukMu.
Demi kebahagiaan duniawi dan Ukhrawi..
Harapan ku agar diredhai
Kurniakan berkah Mu pada hamba ini.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...