Monday, November 14, 2011

Kisah dua malaikat


Kisah dua malaikat
Yunus bin Ubaid dari Alhasan berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda :"Setiap anak Adam itu akan dijaga oleh dua orang malaikat, dan malaikat yang sebelah kanan itu lebih berkuasa dari malaikat sebelah kiri."

Kalau seseorang anak Adam itu membuat dosa maka malaikat yang disebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang disebelah kanan:"“apakah yang harus aku catit?" Maka berkata malaikat yang disebelah kanan: " Jangan kamu catit dosanya sehingga ia melakukan 5 dosa".

Kemudian bertanya malaikat yang disebelah kiri lagi: “kalau dia telah melakukan 5 dosa, apakah yang harus aku catitkan?" Berkata malaikat yang di sebelah kanan :"Biarkan sehingga dia membuat kebaikan, sebab kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda, oleh itu kita hapuskan 5 sebagai imbangan dari dosa yang 5 dan kami catitkan hanya 5 hasanat".

Apabila syaitan mendengar yang demikian maka dia pun menjerit sambil berkata:"Kalau macam ini bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam?"

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t begitu sayang kepada kita sehingga memberi kita begitu banyak peluang untuk berfikir, misalnya apabila kita membuat satu kejahatan maka kita cuma dicatit satu dosa tetapi apabila kita membuat satu kebaikan maka kita akan dicatit 10 kebaikan.

Namun begitu, janganlah pula kita menjadikan rahmat ini sebagai tiket untuk kita melakukan dosa, kerana mati itu bila-bila sahaja pasti menjemput. Andai sahaja dosa sudah banyak kita lakukan, tambahan pula dosa besar yang dibenci Allah dan hanya ditebus dengan taubat. Kalau diizinkan nyawa masih ada, taubat mungkin masih berkesempatan bagi kita, tetapi jika sebaliknya??? Adakah dosa kita boleh dihapuskan dengan kebaikan yang mungkin terlalu sedikit??? Tanyalah diri kita masing-masing samada adakah amalan dan tabiatku selama ini adalah kebaikan yang membawaku ke pintu jannah atau suatu kejahatan yang membawaku ke pintu neraka? Renung- renungkan….
Wallahu’alam.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...