Thursday, February 3, 2011

Cinta Seorang Pemuda

1) Saya suka sangat tengok jari jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari jemarinya patah, tapi takut nanti jari jemari kami tidak boleh saling bantu membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.

2) Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…Sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila… takut nanti terbakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Pencipta.

3) Saya suka sangat tengok body teman wanita saya…solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaauh lebih catik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala…Syoknya!

4) Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tak tidur, tak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia Tanya, ‘Apa ubatnya, bang?’ saya pun bagi dia al-quran sebagai penenang jiwa…semoga dia citaka-Nya lebih dari saya.

5) Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam “Makan. Minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…blab bla bla” Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tak kata apa pun. Aduuuh… berdosanya saya!

6) Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber ‘dating’ di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...