Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 30, 2011

Perkara sunat dalam solat

sunat ab'adh
Ialah setiap perkara yang sangat dituntut untuk dilaksanakan di mana jika ditinggalkan maka sunat diganti dengan sujud sahwi pada akhir sembahyang (sebelum memberi salam).

Sunat Hai’ah
Setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan
sujud sahwi.

SUNAT AB’ADH
1.Membaca doa qunut
v      semasa iktidal pada rakaat sembahyang Subuh,
v      pada rakaat akhir sembahyang witir
ketika separuh kedua bulan Ramadhan iaitu selepas malam kelima belas.


Maksudnya:
  “Ya Allah, tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjukkan. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpinkan. Berkatlah hendaknya untuk apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku. Jauhkan aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.   Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanMu. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi, telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan, dan Maha Tinggi Engkau. Maka hanya untuk Engkau tetapkan. Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad, Nabi yang buta-huruf, dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan diberiNya kesejahteraan”.

2.Membaca Tasyahud/tahiyyat awal
Iaitu tasyahud yang dibaca semasa duduk selepas melakukan setiap dua raka‘at dalam sembahyang
      #Zuhur,
      #Asar
      #Maghrib
      #‘Isya’.

           “Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.”
Cara membaca tasyahud awal
       Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan sehingga tahiyat awal berakhir.


3.Selawat di dalam tahsyahud awal
Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat
1. Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
                   ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )
2. Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “
                ( Hadis Riwayat Abu Daud )

4. Duduk Tasyahud Awal
Hukum tentang duduk tasyahud
       Sebelum menjelaskan sifat duduk tasyahud di dalam solat, perlu difahami bahawa sifat duduk tasyahud dalam solat oleh para ulama pada kitab-kitab fiqh dihukumi sunnah dan bukan merupakan kewajiban atau pun rukun.
Pendapat madzhab Syafi’i ini didukung oleh Imam Ibnu Hazm. 
Kaedah dalil umum (muthlaq) dan dalil khusus (muqayyad)
Jika dikatakan duduk iftirasy adalah dalil muthlaq atau dalil yang bersifat umum dan duduk tawarruk adalah dalil muqayyad atau khusus, maka pendapat madzhab Syafi’i  lebih kuat dibandingkan mazhab Hambali. 
      Kerana kaedahnya, apabila ada dalil bersifat muthlaq, kemudian datang dalil yang bersifat muqayyad, maka dalil yang muthlaq tersebut wajib dibawa kepada dalil yang muqayyad.  Ertinya, jika dikaitkan dengan permasalahan di atas, semua duduk dalam solat adalah duduk iftirasy (ini menunjukkan keumuman dalil), 
  kecuali duduk pada raka’at terakhir iaitu tawarruk (ini yang menunjukkan kekhususannya) termasuk pada solat yang dua raka’at.

5. Selawat Didalam Doa Qunut

Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
   Para ulama' menyatakan sunat menambahkan pada qunut bacaan di atas. Iaitu ertinya :
  Bagi-Mu segapa puji-pujian di atas segala ketetapan-Mu. Ya Allah, kami memohon keampunan dan bertaubat kepada-Mu, Selawat dan salam ALLah ke atas penghulu kami Muhammad, seorang nabi yang Ummiy dan ke atas keluarga serta sahabatnya,

Ini berdasarkan hadith-hadith sahih yang menyebut tentang selawat Nabi S.A.W selepas berdoa dan berzikir. (Mughni Muhtaj (1/166-176). Disunatkan mengangkat kedua tangan ketika membaca qunut dengan menghalakan kedua tapak tangan ke arah langit.

Sumber rujukan : Kitab Fikah Mazhab Syafie, Bersuci dan Sembahyang. Dr MUstofa al Khin, Dr Mustofa al Bugho dan Ali Asy Syarbaji.

6. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi  pada tahiyat akhir.
Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut:

Syarat-syarat tasyahud adalah seperti berikut:
       Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
       Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.
       Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.

Sunat  Hai’ah


1.  Mengangkat kedua-dua belah tangan
  Menurut Imam Syafi’i.
~ Mengangkat kedua belah tangan itu bermula sebaik sahaja menyebut Allahu Akbar.
~ Ertinya, Allahu Akbar itu disebut sambil tangan diangkat daripada bawah.
           Ini adalah ijtihad imam Syafi’I dan tidak ada hadith yang menerangkan secara khusus tentang bagaimana Rasulullah SAW mengangkat tangan ketika bertakbir.
            
            
           2. Menjatuhkan tangan dan meletakkannya ke dada.

           Setelah mengangkat tangan semasa takbiratul ihram sambil berkata ‘Allahu Akbar’, tangan itu dijatuhkan dan diletakkan diatas dada, seperti yang biasa dilakukan ketika solat. Meletakkan tangan dalam keadaan demikian hukumnya sunat.

           Dan disunatkan pula untuk meletakkan tangan kanan di atas belakang tangan kiri.
           Terdapat 20 hadith yang menerangkan tentang perbuatan meletakkan tangan ke dada dengan tangan kanan di atas tangan kiri.
           HADIS
           # Dalam sebuah hadis, baginda bersabda
             “Kami para nabi diperintahkan supaya menyegerakan berbuka puasa dan melambatkan sahur dan meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri semasa solat. ”
           #  Muslim meriwayatkan hadis dari Wa’il bin Hajar bahawa ia melihat nabi SAW mengangkat kedua tangannya ketika baginda memulakan sembahyang...Kemudian ia meletakkan tangan kanannya diatas tangan kirinya.
- Pendapat Ulama Syafi’I –
         Meletakkan tangan itu ialah dengan cara tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri dan meletakkannya dekat bahagian jantung.
         Ini dapat menambahkan khusyuk di dalam solat.
Doa iftitah ialah:
            

   “Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.   Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.” Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.”
4.Membaca surah al-Quran selepas Al-Fatihah
   Membaca surah atau ayat selepas al-Fatihah hanya disunatkan pada rakaat pertama dan kedua sahaja. Adapun pada rakaat ketiga atau keempat, tidak disunatkan. Ini berdalilkan hadis dari Abi Qatadah yang menceritakan;
   “Nabi membaca pada dua rakaat yang awal (yakni rakaat pertama dan kedua) di dalam solat Zohor dan Asar; al-Fatihah dan satu surah yang lain.
Kadang-kadang baginda memperdengarkan kepada kami bacaan ayatnya. Pada dua rakaat yang akhir (yakni rakaat ketiga dan keempat), baginda hanya membaca al-Fatihah sahaja”.
                                                                                            (Riwayat Imam Muslim).
Bagi orang yang solat berjemaah, jika solat yang dikerjakan adalah solat jahriyah (iaitu solat yang sunat diperdengarkan bacaan al-Quran di dalamnya), memadai ia hanya mendengar bacaan surah atau ayat oleh imamnya sahaja. Tidak perlu lagi ia membaca surah atau ayat selepas al-Fatihah. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesungguhnya dilantik imam itu adalah untuk diikuti. Maka apabila ia bertakbir, hendaklah kamu turut bertakbir dan apabila ia membaca (al-Quran) hendaklah kamu senyap (dan mendengarnya)” (riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a). Dikecualikan jika makmum berada berjauhan dengan imam dan tidak dapat mendengar bacaan imamnya, pada ketika itu sunat ia membaca sendiri. jika solat yang dikerjakan ialah solat sirriyyah (iaitu solat yang tidak sunat diperdengarkan bacaan al-Quran di dalamnya), makmum disunatkan membaca sendiri surah atau ayat selepas al-Fatihah itu, yakni tidak memadai dengan bacaan imamnya sahaja. Ini berdalilkan hadis dari Jabir –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan;
Membaca satu surah pendek lebih afdhal dari membaca ayat-ayat dengan kadarnya dari surah-surah panjang. Ini berdasarkan hadis-hadis tadi yang menyebutkan; “Nabi membaca al-Fatihah dan surah”.



5. Membaca al-isti‘azah secara perlahan  selepas tawajjuh dan sebelum Al-Fatihah.
TAKRIF:
Bahasa : Berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Istilah : Lafaz yang memohon perlindungan dan penjagaan daripada Allah untuk diri kita daripada syaitan yang di laknat.
       SUMBER LAFAZ ISTI `AZAH:
Lafaz isti`azah ini diambil di dalam Al-Quran yang mulia iaitu di dalam surah An-Nahli.
رواه أبو داوود من حديث أبي سعيد الخدري رضي الله عنهكان رسول الله (صإذا قام من الليل يقول :أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم، من همزه ونفخه ونفثه.

(Diriwayatkan oleh imam Abu Daud rah.)
CARA MEMBACA ISTI`AZAH :
       Menurut Imam Nadzim rah. lafaz isti`azah di baca ketika membaca Al-Quran tidak kira di permulaan surah ataupun di pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang mulia .
Kesemua Imam Qurra' membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan Al-Quran.
Terdapat pelbagai lafaz isti`azah yang diharuskan dalam membacanya,diantaranya
v  Lafaz yang diajar oleh Malaikat Jibril A.S kepada Rasulallah S.A.W. yang bermaksud:
"aku berlindung diri kepada Allah Azza Wajalla daripada syaitan yang direjam"
v  Lafaz yang diambil daripada Hadis   Rasulallah S.A.W. yang mana lafaz ini juga disukai oleh segolongan ulama' salaf yang bermaksud:
"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T.yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam "
v  Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T. agar mendapat keampunan yang Maha Agong daripada azabnya yang amt pedih dan daripada tipu daya syaitan , sesungguhnya dialah (Allah) yang Maha Mendengar lagi Maha Mengatahui "

KEADAAN-KEADAAN MEMBACANYA:
Imam Hamzah membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan surah Al-Fatihah dan membaca dengan suara yang perlahan pada surah yang lain yang di dalam AL-Quran yang mulia . Selain itu Imam Nafi' , membaca lafaz isti`azah dengan suara perlahan pada keseluruhan surah yang terdapat di dalam Al-Quran.
PEMBACAAN LAFAZ ISTI`AZAH DENGAN BASMALAH DAN DI AWAL SURAH :
Imam-Imam Qura’ membaca dengan 4 cara iaitu:

1.Berhenti pada lafaz isti`azah tanpa bersambung dengan lafaz basmalah dan awal surah.
2.Berhenti pada lafaz istiazah tetapi bersambung lafaz basmalah dengan awal surah.
3.Menyambung lafaz isti`azah dengan lafaz basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.
4.menyambung ketiga-tiganya sekali .

6. . Membaca Al-Fatihah dengan suara  yang kuat pada tempat yang ditentukan
v  Mengeraskan bacaan Al-Fatihah dan surah pada waktu solat jahriah (yang dikeraskan bacaannya)
v  merendahkan suara pada solat sirriah (yang dipelankan bacaannya). Iaitu mengeraskan suara pada dua rakaat yang pertama pada solat Maghrib dan Isya’ dan pada kedua rakaat solat Subuh.
v   Dan merendahkan suara pada yang lainnya. Ini semuanya dalam pelaksanaan solat fardhu, dan ini dicontohkan dan popular dari Rasulullah SAW, baik secara perkataan mahupun perbuatan.
v   pada solat sunnah, maka dianjurkan untuk merendahkan suara apabila dilaksanakan pada siang hari dan disunnahkan mengeraskan suara jika solat sunnah itu dilaksanakan pada waktu malam hari, terkecuali apabila takut mengganggu orang lain dengan bacaannya itu, maka disunnahkan baginya untuk merendahkan suara ketika itu.

7. Membaca Amin selepas Al- Fatihah
       Shahih Muslim (363) meriwayatkan: Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah saw. bersabda,
  “Apabila imam telah membaca ghairil maghdhubi ‘alaihim waladh dhallin, lalu orang di belakangnya membaca Amin, dan bacaan itu bersamaan dengan amin penduduk langit, diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.”

Bacaan Amin terdapat empat (4) bentuk:
Al-Muhaddith Muhammad Ibn Madyan
pernah menulis di dalam kitabnya;

1. Aaaaaaamiin iaitu secara Mad (3 alif atau 6 harakat) dan takhfif (meringan tanpa tasydid). Inilah bacaan yang paling jelas dan masyhur.
 2. Aaamiin iaitu secara qasar (pendek) sekadar 1 Alif atau 2 harakat dan takhfif.
3. Eemiin iaitu secara Imalah (Bunyi melencung)
4. Aaaaaaammiin iaitu secara Mad (3 Alif) dan tasydid mim

Dua bacaan yang pertama adalah masyhur. Menurut Imam Nawawi: Bacaan yang terpilih adalah yang pertama (rujuk Al-Adzkar)

       Dalam Kitab Shahih Sunan Abu Daud (932) diriwayatkan: Dari Walil bin Hujr ra., dia berkata, “Apabila Rasulullah saw. membaca Waladh dhallin, beliau mengucapkan Aamiin, dan beliau mengangkat suaranya.”

-sadaqal hadith-

       Kitab Shahih Bukhari (430) yang meriwayatkan: “Diberitakan oleh Abu Hurairah, bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda,
  “Apabila imam membaca Ghairil maghdhuubi ‘alaihim wa ladhdhallin, maka ucapkanlah Amin!. Barangsiapa bersamaan ucapan aminnya dengan ucapan malaikat, diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.

8.Takbir Intiqalat
       Takbir ini adalah takbir ketika :-
       ~hendak rukuk
       ~takbir ketika hendak sujud
       ~ketika hendak bangun dari sujud.
          Ini adalah takbir-takbir perpindahan rukun.
          Ertinya, setiap kali perpindahan rukun, orang yang solat itu membaca “Allahu Akbar” kecuali apabila bangun daripada rukuk. Ketika itu dikehendaki supaya membaca “Sami'Allahu liman hamidah”.
       Diriwayatkan dari Abu Bakar bin Abdul Rahman bahawa beliau berkata,
  “ Apabila Rasulullah SAW mendirikan solat baginda bertakbir ketika berdiri, kemudian bertakbir ketika rukuk, kemudian berkata “Sami'Allahu liman hamidah” apabila baginda bangun daripada rukuk dan disamping itu baginda membaca “Rabbana lakal hamd” sebelum sujud. Kemudian, baginda berkata “Allahu akbar” ketika turun untuk sujud.

   Kemudian baginda bertakbir ketika mengangkat kepala bangun daripada sujud. Kemudian baginda bertakbir ketika sujud yang kedua dan bertakbir bila bangun dari sujud. Begitulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW tiap-tiap kali pertukaran rukun sehingga selesai solat”
 (Ahmad Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Cara Rukuk Yang Betul
       Semasa rukuk pula, disunatkan meletakkan dua tapak tangan diatas lutut. Inilah yang dikatakan rukuk
 “ Aqabah bin 'Amir menceritakan bahawa,
“ Rasulullah SAW rukuk dengan lengannya direnggangkan daripada lambungnya dan dua tangannya diletakkan diatas lutut serta jarinya direnggangkan”.
   Bagi wanita pula, kedua lengan mesti dirapatkan dan dengan demikian kedua tapak tangan tidak sampai ke lutut. Lelaki pula hendaklah merenggangkan lengan supaya tapak tangan sampai diatas kepala lutut.
Bacaan ketika rukuk
  Semasa rukuk pula, disunatkan membaca tasbih dengan lafaz. “ subhana rabbi al-Azim”.
  Ini adalah lafaz yang dibaca oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam hadis berikut:-
 “ Rasulullah SAW berkata “ Subhana rabbi Al-Azim.
                                                                              (Muslim)
- Sebahagian umat Islam pula membaca “ Subhana rabbi Al-Azim wabihamdih.”
-  Didalam kitab fiqh seperti matla'ul badrin lafaz ruku' yang diterangkan ialah “ Subhana rabbi AL-Azim.” hanya didalam kitab Perukun terdapat lafaz “ subhana rabbi Al-Azimi wabihamdih”. Sebenarnya lafaz ini adalah dari hadis dhaif.

9. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri kanan
       Cara duduk yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW dalam solat adalah duduk iftirasy (bertumpu pada paha kiri) pada semua posisi duduk dan semua tasyahud selain tasyahud akhir. Apabila ada dua tasyahud dalam solat itu, maka dia harus duduk tawarruk pada tasyahud akhir.
       Hal ini berdasarkan perkataan Abu Hamid As-Sa’idi di hadapan para sahabat. Ketika ia menerangkan solat Rasulullah S.A.W, di antaranya menyebut-kan:
  “Maka apabila beliau duduk setelah dua rakaat, beliau duduk di atas kaki kiri sambil menegakkan telapak kaki kanan, dan apabila beliau duduk pada rakaat akhir beliau majukan kaki kiri sambil menegakkan telapak kaki yang satunya, dan beliau duduk di lantai.” (HR. Al-Bukhari)
  Iftirasy: iaitu duduk di atas kaki kiri sambil menegak-kan telapak kaki kanan.
Tawarruk 
: Iaitu Meletakkan telapak kaki kiri di bawah betis kanan, kemudian mendudukkan punggung di alas/lantai dan menegakkan telapak kaki kanan.

Keterangan:
   Rasulullah SAW, apabila duduk tasyahud, beliau meletakkan tangan kirinya di atas paha kiri dan tangan kanannya di atas paha kanan, kemudian beliau menelunjukkan dengan jari telunjuk.
                                         (HR. Muslim)
Dan beliau tidak melebihkan pandangannya dari telunjuk itu.

10. Duduk Tawaruk iaitu duduk tahiyat akhir    (HR. Abu Daud, shahih)
  -Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahud.
   -  Cara duduk yang sunat ialah secara tawarruk, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah,   dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke kiblat.

11.Salam yang kedua
   Salam kedua ke kiri. Hal ini berdasarkan hadits riwayat Muslim:
   “Bahawasanya Rasulullah saw melakukan salam ke kanan dan ke kiri sehingga terlihat putihnya pipi beliau.”    
                                           (HR. Muslim)








0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...