Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 30, 2011


Adab Terhadap Jiran Tetangga
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Dan berbuat baiklah kamu kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim , orang miskin, tetangga dekat dan jauh, teman sejawat dan orang yang berjihad.”
                                                                                                                         (surah an-nisa’ 4 : 36)
Memahami hak berjiran :
1.       -Memberi  salam apabila bertemu.
2.       -Memenuhi undangannya jika dijemput.
3.      - Menziarahinya ketika sakit.
4.      - Membantunya ketika kesempitan.
5.      - Tidak menyakitinya hatinya.
6.      - Menyembahyangkannya apabila meninggal dunia dan mengiringi jenazahnya ke perkuburan.


Sifat Hamba yang disukai Allah:-
Hadis daripada Saad bin Abi Waqas berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, kaya dan menyembunyikan amalan sedekah dan ibadahnya hanya kerana-Nya.
                                                                                                                (riwayat Imam Muslim)

Manaqib Saad bin Abi Waqas R.A.
v  Saad bin Abi Waqas Malik Wuhaib bin Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab al-Zuhri Abu Ishak.
v  Salah seorang daripada sepuluh orang yang dijamin masuk syurga.
v  Beliau orang pertama memanah di jalan Allah.
v  Meninggal di Aqiq pada tahun 55 Hijrah inilah pendapat yang rajih.
v  Beliau yang terakhir antara 10 orang yang dijamin masuk syurga.


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...