Orang yang meninggalkan solat akan diseksa dengan 15 seksaan; enam daripadanya akan diterima didunia, tiga daripadanya ketika nyawa di penghujung, tiga lagi daripadanya ketika berada di dalam kubur dan tiga yang terakhirnya di hari kiamat.
6 seksaan diterima di dunia
Ø Usianya tiada keberkatan.
Ø Dihilangkan tanda-tanda orang soleh dari wajahnya.
Ø Tiada pahala setiap amalan yang dikerjakannya.
Ø Doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan Allah s.w.t.
Ø Semua makhluk didunia membencinya.
Ø Tidak menerima bahagian daripada doa orang-orang yang soleh.
3 seksaan ketika nyawa di penghujung
Ø Matinya adalah dalam kehinaan.
Ø Matinya adalah dalam keadaan terlalu lapar.
Ø Matinya adalah dalam keadaan sangat dahaga.
3 seksaan ketika berada didalam kubur
Ø Kuburnya disempitkan.
Ø Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.
Ø Ular yang dinamakan syajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat.
3 seksaan di hari kiamat
Ø Malaikat akan mengheretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka.
Ø Mendapat kemurkaan Allah s.w.t yang sangat hina.
Ø Allah s.w.t akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.
Wallahu’alam…. Diharapkan perkongsian ini memberi kesedaran kepada umat Islam betapa pentingnya solat disisi Islam. Andainya diabaikan, diri kita akan terabai di akhirat kelak. Sudah pasti kita tidak ingin neraka menjadi tempat kita di akhirat nanti. Oleh itu, wahai saudara dan saudari, ayuhlah solat. Dengan solat tertegaklah Ad-Din. Dengan solat kuatlah keimanan dan ketaqwaan muslimin dan muslimat.
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.