Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 24, 2011

Jumaat penghulu Segala Hari



Pada hari Jumaat, umat Islam diberi kelebihan menambah amal ibadah dengan mengerjakan solat fardhu Jumaat. Jika diteliti kembali umat terdahulu digesa melakukan amal ibadah, namun jalan kesesatan menjadi pilihan mereka. Disebabkan kesesatan itu, maka Kaum Yahudi memilih Sabtu sebagai hari kebesarannya dan kaum Nasrani pula memilih Ahad sebagai hari untuk beribadat.




Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan di dalam Islam, maka dianggap berdosa besar sekiranya seorang lelaki Islam tidak melakukannya. Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa “ mereka yang tidak melakukan solat Jumaat 3 kali berturut-turut bukan seorang Islam.” Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya mestilah menggantikannya dengan solat zohor dengan segera selepas orang selesai solat Jumaat.


Perkara Sunat dilakukan pada hari Jumaat

1. Mandi
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


2. Menghias diri dan memakai wangi-wangian
Kita disunatkan menghias diri dengan kadar dibenarkan syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain,solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannnya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.”


(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)


3. Sekiranya mampu, pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.
  Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
 “Pakailah pakaian kamu berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.”


4. Memotong kuku


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan , mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


5. Membaca Surah Al-Kahfi


Sunat membaca surah Al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)


6. Memperbanyak doa
Sabda Rasululla s.a.w yang bermaksud:
“Waktu mustajab berdoa itu ialah masa diantara imam duduk sehingga selesai solat.”
(Riwayat Muslim)


7. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Sabda baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.”


FADILAT SOLAT JUMAAT

Menyedari betapa pentingnya solat Jumaat dan fadilat yang ada di dalamnya, Rasulullah s.a.w telah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “ Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat , maka seolah-olah dia telah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan orang yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat,maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam dan orang yang masuk waktu kelima, maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telur. Maka apabila imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakkanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah”
Hikmah solat Jumaat



v Dapat menguatkan kegiatan sosial apabila mereka saling bertemu dan berkenalan antara satu sama lain.
v Dapat menyatukan suara dan pendapat mereka dalam suatu keputusan.
v Melatih untuk taat kepada Allah, pemimpin dan hidu dengan penuh berdisiplin.
v Mendengar segala nasihat, teguran , bimbingan dan pedoman daripada khutbah Jumaat.
v Mendapatkan pahala dan ganjaran yang besar dari Allah.
v Sembahyang Jumaat yang dilakukan dengan penuh tertib dan menjaga adabnya akan mengampunkan dosa kecil hinggalah ke Jumaat yang berikutnya selagi tidak melakukan dosa besar.
v Menyeru kepada kebaikan serta melarang daripada melakukan kemungkaran.


Wallahu’alam bissawab

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...