Angin bayu itu mulai menjengahku.
Dengan satu perkhabaran buatku
Bahawa adanya bahagia buatku andainya
hatiku teguh padaNya.
Duhai, hati yang terusik
Bila dendangan alunan merdu menyebut namaMu
Payah untuk digambarkan
Sukar untuk diperjelaskan
Bahagia dan tenangnya diriku
Pabila kalimat agungMu dibacakan.
Jelas dimata… terpegun di kalbu
Dengan sandaran
gemersik suara
Ku harap kekal
dalam hati kecilku.
Tempat paling
agung buatMu pemilik hati.
Tanpa noktah dan
terus kekal abadi.
Jagalah sanubari
hati…
moga tidak
dirampas oleh yang dilaknati.
Ku padukan surat
cintaMu Ya Khaliq
Buat ingatan
makhlukMu.
Demi kebahagiaan
duniawi dan Ukhrawi..
Harapan ku agar
diredhai
Kurniakan berkah
Mu pada hamba ini.
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.